<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Tuesday, April 08, 2008
announcement

I'm not using blogdrive anymore. Feel free to visit my new blog http://zahirastory.blogspot.com

Thanks


Posted at 11:17 am by Z4h1R4
Comment  

Monday, April 07, 2008
cerita hujung minggu

Ari sabtu, aku ada exam SPA kat Kg Pandan but again aku x pegi Big Smile. Sbb aku kena pegi medical check up utk masuk company baru. Pukul 8.30 am aku dah sampai kat our panel clinic, kat PJ. Ramai jugak org buat medical check up aritu tu. Alhamdulillah semuanya ok kot sbb doc x ckp apa2 pon. Tapi yg mentensionkan aku, berat. Berat aku  52kg! Huhuhu...dlm sejarah aku seberat tuh! Abis medical check up dlm kol 10 am. Terus aku ke Amcorp Mall. Nak beli manik. Sampai sana, kakak jual manik tu x sampai lagi. Aku pegi breakfast roti canai dulu kat mamak. Lepas makan, jln2 around Amcorp Mall. Byk jugak benda2 menarik kat situ. Suka aku tgk pinggan mangkuk kat situ. Mcm2 bentuk. Murah plak tu. 3 keping RM10, hehehe...Pukul 11 baru kakak jual manik tu datang. Lepas beli manik, terus balik umah. Sampai umah, apalagi, start la operasi aku menjahit manik Smile. Menjahit dari tengahari sampai ke mlm. Lenguh2 badan aku dibuatnya!

Ari Ahad, tgh hari aku gi Jln Pudu, pegi tempah wedding card. Punya lar ramai org kat sana. At last, our wedding card dah tempah. Lega rasanya! Lepas settle pasal kad, we all pegi Shah Alam plak. Gi tempah baju plak. Hopefully cantik lar org tu jahit. Kalo x jadi baju aku, waaaaaa....x tau lar nak cakap! Lepas gi tempah baju, kitorang gi Subang plak. Gi tgk umah. Ingat x umah yg aku cite kat previous entry? Ala, yg dekat Subang Bestari tuh...Gila teruk umah dia. Terus kitorang cancel nak umah tu. Kitorang carik plak umah kat apartment sebelah dia. Call agent & cakap kitorang nak tgk. Umah tu tingkat 1. Masuk umah tu terus aku berkenan sbb bersih & kitchen cabinet dah ada. Siap ngan dapur skali! Lagi 1 yg bestnya ada water heater...hehehe...Kitorang terus agree nak amik umah tu. Malas dah nak carik umah lain. Penat! Lepas tgk umah kol 5.30 pm baru kitorang gi lunch. Lepas makan, gi buat booking plak. Dah settle urusan umah, kitorang gi 1U. Pegi beli curtain Big Smile. Abis lar dlm RM236. Itu pon baru dpt curtain for sliding door ngan 1 room. Banyak lagi brg yg nak dibeli...


Posted at 10:09 am by Z4h1R4
Comment  

Thursday, April 03, 2008
Yoga Dan Muslim (For Muslim's Only)

Received this email from my colleague. Sama2 lah kita renungkan...

Dewasa ini kedengaran di banyak tempat dimana YOGA telah dijadikan sebagai satu budaya baru dan ada diamalkan oleh mereka yang berugama Islam.

Di sini saya ingin menyorot kembali terhadap gejala yang membimbangkan ini kerana terlalu ramai umat Islam yang telah menerima "bulat-bulat" sesuatu ilmu tanpa dikaji latarbelakangnya terlebih dahulu yang mengakibatkan berlakunya fasad dan mungkar yang tidak disedari.

Sejarahnya Yoga

MENGIKUT faktor sejarah, Yoga berasal daripada perkataan Sanskrit `yuga' yang bermaksud bercantum atau bergabung dan integrasi secara menyeluruh antara jiwa dan fikiran bagi melegakan kesakitan serta penderitaan.

Pergerakan serta gaya fizikal dalam amalan Yoga adalah rentetan dan bentuk budaya serta falsafah masyarakat Hindu.

Bukti itu diperkukuhkan lagi dengan penemuan batu di Lembah Indus sekitar 3,000 tahun sebelum masihi menunjukkan bentuk gaya Yoga dan inilah bukti awal arkeologi, bagaimana Yoga berasal.

Bagaimanapun, ada pula versi yang menyatakan, ia bermula sejak 8,000 tahun lampau serta dipercayai dijumpai dalam buku sastera Hindu.

Gaya Yoga daripada batu berkenaan, menyerupai Lord Shiva (Tuhan masyarakat Hindu) dan Parvathi (Dewi), mempersembahkan pelbagai gaya atau Aasanaas serta kaedah pengamalan meditasi.

Tradisional Yoga berasal dari India beberapa ribu tahun lalu yang ditemui oleh pendeta agung (Rishis) dan cendikiawan (Maharishis) .

Yoga juga pernah disebut di dalam ayat suci agama Hindu iaitu Upanishads dan Puranas. Malah Upanishads, termasuk dalam sistem pembelajaran Yoga.

Kemudian amalan ini berkembang apabila pengamal-pengamal yoga mendapati ia satu cara untuk menghilang ketangangan (stress) terutama uoleh masyarakat bandar.

Ada yoga yang telah disaring sementara banyak pula yoga yang diambil bulat-bulat tanpa sebarang penyaringan sehingga pengamal-pengamalny a boleh terjerumus ke lembah kesesatan.

HUKUMNYA

Setakat ini belum lagi fatwa tegas yang menyatakan SEMUA YOGA adalah sesat dan haram tetapi fatwa-fatwa berikut boleh dijadikan asas panduan:

Asasnya : Setiap sesuatu jenis "sukan" adalah halal asalkan ianya tidak mengandungi unsur kemungkaran. Merujuk kepada YOGA pula, ia mengandungi unsur peribadatan dan pendisplinan rohaniah yang ada kaitan dengan keugamaan dan justeru itu ulamak-ulamak Islam seperti Al-Syeikh Yusof Al-Qaradhawi memfatwakan ianya HARAM.

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) juga berfatwa hampir serupa.

"Mengenai hukum Yoga, kebaikan yang ada adalah sedikit iaitu berupa senaman berbanding dengan keburukan yang ada yang lebih besar yang berupa syubhah ibadah yang boleh menjejaskan kepercayaan dan keimanan individu Islam. Seseorang itu perlu ingat bahawa terdapat banyak lagi cara-cara lain sebagai senaman yang boleh digunakan yang tidak kurang kesan kesihatannya jika dibandingkan dengan senaman Yoga. Sebagai yang dijelaskan dalam kaedah Fiqh, “menolak keburukan adalah diutamakan daripada menarik kebaikan”.

Sila rujuk lamanweb muis <http://www.muis.gov.sg/websites/rservices/opendocall.asp?type=I&sno=484>.

Ramai pula yang berhujjah bahawa YOGA ini menurut mereka hanyalah satu latihan pernafasan dan untuk menghubungi "minda separa sedar" di dalam usaha meleraikan ketegangan dan penyembuhan sebarang penyakit.

Namun apabila diteliti, kebanyakan YOGA ini dipandu oleh orang yang bukan Islam. Disinilah syaitan boleh mengambil kesempatan untuk menyusup masuk bagi menyesatkan aqidah orang Islam yang nantinya tanpa bekalan Ilmu Tauhid yang mencukupi maka digelincirkan maksud "penyatuan" itu adalah penyatuan dengan Tuhan.

Saya akui memang wujud disiplin ilmu di dalam bidang Psikologi yang mengkaji aspek minda dimana dari sudut saintifik minda kita terbahagi kepada dua bahagian iaitu minda kiri (yang mengawal hal-hal metematika, deduksi, pengiraan dan seumpamanya) dan minda kanan (yang mengawal aspek seni, kreativiti, estetika dan seumpanya).

Dan saya sendiri ada terlibat secara lansung menyaring beberapa ilmu Yoga supaya segala unsur kesesatan dan penyelewengan aqidah dapat dibersihkan kerana memang ada unsur kebaikan di dalamnya cuma yang tidak baik turut juga wujud dan jika tidak berhati-hati ia boleh menjahanamkan aqifdah umat Islam.

Aspek MINDA PERKASA atau SUPERMIND (subconcious mind) yang wujud di dalam disiplin ilmu psikologi memang telah diajar lama di dalam Al-Quran.

Pengaturan pernafasan memang satu keperluan untuk membebaskan ketegangan saraf serta membekalkan oksigen ke dalam jantung manusia supaya aliran darah dapat berjalan lancar dan yang demikian minda dapat berfungsi dengan sempurna dan seimbang.

Dan Islam sendiri juga mengakui malah didalam keadaan tertentu ada menekan aspek pengaturan pernafasan seperti yang diajar di dalam ilmu-ilmu tasawuf dan dan ada juga diajar dan diamalkan di dalam beberapa ilmu seni mempertahan diri (persilatan) yang tidak bertentangan dengan Islam.

Solat itu sendiri yang diwajibkan oleh Allah s.w.t. misalnya dengan menjaga segala aspek seperti bilangan rakaat, tuntutan berjemaah, rukun dan syaratnya sudah mengandungi hikmat yang banyak. Ia adalah merupakan "senaman" fizikal yang bertindak untuk menyeimbangkan cas positif dan negatif di dalam badan kita.

Rasulullah bersabda bermaksud, "Seburuk-buruk pencuri ialah mereka yang mencuri daripada solat mereka." Maka sahabat pun bertanya: "Wahai Rasulullah! Bagaimana mereka mencuri daripada solat?" Maka Rasulullah menjawab: "Mereka yang tidak sempurna rukuk dan sujud (iaitu mengerjakan solat dengan tergopoh-gapah) ." (Riwayat Ahmad, al-Tabrani dan Ibn Khuzaimah).

Dalam satu hadis lain, Rasulullah melarang umatnya mengerjakan solat seperti burung yang mematuk makanan iaitu pantas berdiri dan sujud dalam waktu yang singkat. (Riwayat Ahmad, Abu Dawud dan al-Nasa'i).

Rasulullah juga bersabda bermaksud: "Allah tidak melihat solat seseorang yang dikerjakan tanpa sempat meluruskan tulang belakangnya antara rukuk dan sujud." (Riwayat al-Tabrani).

Semua hadith-hadith menekankan aspek "disiplin" di dalam melakukan pergerakan masa solat.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna dan ini hanya berlaku ketika sujud dgn tujuh angota sujud menyentuh bumi mengikut posisi yg disunnahkan.

Jadi di dalam Islam itu sendiri sudah ada ajaran-ajaran yang meruntun kepada aspek spiritualiti yang jauh lebih baik dan sempurna yang apabila dikaji dari sudut saintifik dan psikologi sekalipun terbukti sahih ianya mempunyai pelbagai hikmah untuk manusia seluruhnya.

Justeru itu jelaslah kepada kita betapa perlunya umat Islam mendapat pendedahan ilmu ugama yang secukupnya terutama Ilmu Tauhid dan Ibadah di dalam menolak segala unsur yang boleh menggelincirkan aqidah umat Islam lewat fenomena YOGA yang berbeluasa di negara kita ini apatah lagi YOGA yang dipimpin oleh mereka yang tidak Islam yang mana ilmu yoga itu tidak disaring sehingga segala sampah aqidah dibawa bersamanya.

Wallahu 'alam.


Posted at 09:02 am by Z4h1R4
Comment  

Next Page